Skip to main content

Bola Sepak

Saya pakai baju Man Utd, dalam pakai baju ASEAN All-Stars -- PMX

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anwar.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama peminat Manchester United seluruh dunia harus bersabar dan terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat kelab tersebut merangkul piala.

Ketua Kerajaan Malaysia itu hadir menyaksikan perlawanan persahabatan jelajah pascamusim kelab terkemuka England itu menentang pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.

Anwar sempat meluangkan masa turun ke padang bagi menyampaikan pingat dan trofi Maybank Challenge Cup.

Ketika berucap di Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, Anwar menceritakan pengalamannya semalam sambil menyatakan apakah pengajaran yang boleh diambil. 
 
"Saya pakai baju Man Utd, dalam pakai baju ASEAN All-Stars.

"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhilah Yusof, mengingatkan saya sebagai pengerusi ASEAN.

"Jadi saya berbelah bahagi, kerana sudah meminati Manchester United berpuluh tahun lamanya, tetapi kita ASEAN dan anak Malaysia. 

 
@jason.yew "@Manchester United kalah semalam! Saya peminat Manchester United sejak tahun 80-an." - PM @Anwar Ibrahim #manchesterunited #manutd #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #PMX #AnwarIbrahim #KeadilanUntukSemua ♬ original sound - JASON Update


"Saya menyokong Manchester United sebelum era David Beckham dan pernah berjumpa Sir Alex Ferguson. 

"Saya juga ada bergaduh dengan cucu yang menyokong Arsenal.

"Tetapi saya tetap berbangga dengan ASEAN. Ada anak Malaysia diperkenalkan bersama ASEAN. 

"Mereka juga mengejutkan pula kelab terkemuka dunia," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video