Skip to main content

Bola Sepak

Saya menangis ketika buat keputusan -- Son, Tottenham berpisah selepas 10 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son_1.jpg
Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min, mengucapkan selamat tinggal selepas 10 tahun menyumbangkan khidmat buat kelab itu.

Pemain kebangsaan Korea Selatan berusia 33 tahun itu memacu kajayaan trofi pertama Tottenham selepas 17 tahun apabila meraih gelaran Liga Europa (UCL) baru-baru ini.

Dia menyertai Spurs dari Bayer Leverkusen pada 2015, dengan kini dia telah membuat 454 penampilan buat Tottenham, mencipta 173 jaringan dan 101 bantuan jaringan dalam semua pertandigan.


 


"Saya telah memutuskan untuk meninggalkan pasukan, saya fikir ia adalah salah satu keputusan paling sukar yang pernah saya lakukan dalam karier bola sepak saya.

"Bermain bola sepak dan bersama satu pasukan selama 10 tahun adalah sesuatu yang sangat saya banggakan, tetapi saya fikir saya memberikan segalanya kepada pasukan setiap hari." katanya.



 

"Saya menangis ketika memikirkan keputusan ini, saya datang ke sini sebagai budak berusia 23 tahun, sangat muda datang ke London dan tidak tahu bercakap bahasa Inggeris dan kini pulang sebagai lelaki dewasa yang saya bangga." katanya.

Advertisement

Must Watch Video