Pemain baru Manchester City, Benjamin Mendy, mendedahkan hasratnya untuk menyertai kelab itu sebaik sahaja saingan Ligue 1 berakhir.
Pemain berusia 23 tahun itu menyempurnakan penghijrahannya untuk bersama skuad bimbingan Pep Guardiola dengan nilai perpindahan berjumlah GBP52 juta (RM289 juta), menjadikan dirinya sebagai pertahanan termahal di dunia.
Mendy yang bersetuju berkhidmat untuk City selama lima tahun di Stadium Etihad, telah dikaitkan dengan kelab tersebut sejak beberapa minggu lalu dan akhirnya perjanjian berjaya dimeterai.
"Saya sangat berbangga dengan keputusan ini, ia merupakan objektif utama sejak awal lagi," katanya.
"Sebaik Ligue 1 berakhir, saya telah berbincang dan menyatakan hasrat saya mahu bermain untuk City. Saya sangat gembira.
"Saya percaya mampu segera mendapat tempat di dalam pasukan. Saya mudah untuk menyesuaikan diri."
Mendy telah mencipta 11 bantuan jaringan dalam semua pertandingan buat Monaco pada musim lalu dan pemain yang paling kerap melakukan hantaran silang dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).
Bekas pemain Marseille itu percaya gaya permainannya sangat bersesuaian dengan City dan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Saya mampu menghasilkan gerakan yang menarik ketika menyerang. Saya gemar bermain di posisi bek kiri dan melakukan bantuan jaringan untuk penyerang.
"Saingan EPL adalah yang terbaik di Eropah, saingan yang sangat kompetitif dan saya sudah bersedia menghadapi cabaran baru."

.@benmendy23 is a ?!
— Manchester City (@ManCity) July 24, 2017
Check out the signing gallery for his first shots in #mcfc colours!
? https://t.co/zu0fuCuf4b #BlueMendy pic.twitter.com/Vks2OybQ7t