Saya manusia paling gembira ketika ini -- Rasmus Hojlund penuh emosi rai gol sulung Liga Perdana Inggeris

Ammar Hakim
Disember 26, 2023 07:30 MYT
Rasmus Hojlund menyifatkan dirinya sebagai 'manusia paling gembira di dunia' selepas menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk membolehkan Manchester United bangkit melakar kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.
Penyerang, Hojlund, yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai GBP64 juta dari Atalanta pada musim panas, memastikan kemenangan pada minit ke-82 pada penampilan ke-15 di liga utama.
Villa berada di landasan untuk menyamakan kedudukan dengan mata dengan Liverpool di puncak liga berikutan mendahului dua gol menerusi John McGinn dan Leander Dendoncker sebelum dua gol Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

"I'm the happiest man alive right now." pic.twitter.com/bMqUfy3ZxF

— Manchester United (@ManUtd) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan penting Hojlund, di mana terhasil susulan lima gol yang dicetak dalam sainga Liga Juara-Juara (UCL), ternyata melegakan seketika tekanan buat pengurus, Erik ten Hag, ketika dia meraikan kemenangan pertama sejak pelaburan Sir Jim Ratcliffe ke dalam kelab disahkan.
“Sudah saya lama tunggu namun saya cukup gembira,” kata pemain berusia 20 tahun itu kepada Amazon Prime.
“Saya adalah manusia paling gembira buat masa ini -- anda dapat melihatnya ketika kami meraikan gol itu. Kami kekal yakin dan membuktikan perwatakan kami sekali lagi hari ini.”
United gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan dalam semua pertandingan dan sekali lagi kelihatan berdepan perlawanan tanpa kemenangan sebelum mereka melakar kemenangan yang penuh menakjubkan di Old Trafford.

WORTH THE WAIT. pic.twitter.com/dKQVMhyBgk

— Manchester United (@ManUtd) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Aston Villa #EPL #Liga Perdana Inggeris #Rasmus Hojlund
;