LIGA SUPER MSIA

Saya mahu rehat seketika -- Nidzam Jamil

Ammar Hakim 28/01/2025 | 10:08 MYT
Itu penjelasan bekas ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, yang berkongsikan perkembangan terkini beliau sejak meninggalkan Gergasi Merah Oktober lalu.
Nidzam mengesahkan ada beberapa kelab Liga Malaysia menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya namun belum ada sebarang persetujuan dicapai ketika ini.
Tanpa berselindung, pengendali berusia 44 tahun itu mengakui enggan berehat terlalu lama sambil memberikan bayangan untuk kembali kendali pasukan baru bermula musim depan.
Tambah Nidzam, dia sentiasa terbuka untuk berkhidmat bersama pasukan yang mempunyai visi jangka masa panjang di samping terus membangunkan bakat-bakat muda di pentas tertinggi liga domestik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pencapaian yang paling diingati sepanjang Nidzam membimbing The Red Giants sudah semestinya bawa pasukan itu muncul naib juara Piala FA musim ini.
Sementara itu, Nidzam turut menggesa pemain tempatan bersedia untuk bekerja lebih keras bagi bersaing dalam pasaran terbuka skuad kebangsaan khususnya dengan kehadiran pemain berstatus warisan serta naturalisasi.
Di sebalik kerisauan lambakan pemain warisan dan naturalisasi boleh menenggelamkan bakat tempatan, Nidzam beranggapan ia sebagai satu cabaran positif yang mampu meningkatkan persaingan dalam kalangan pemain.
"Saingan semakin terbuka, ini merupakan cabaran yang sihat bagi memastikan kualiti dan mutu bola sepak semakin baik untuk masa akan datang."
Dia ditemui ketika majlis pelancaran buku berjudul 'Bola Mental' karya penulisan bekas pemain bola sepak negara, Rosli Hussien.
#bola sepak #Selangor #Nidzam Jamil