Skip to main content

Bola Sepak

Saya mahu menang semua pertandingan -- Noni Madueke sertai Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

madu.jpg
Noni Madueke melengkapkan perpindahannya ke Arsenal dari Chelsea susulan komited untuk membantu The Gunners memenangi semua pertandingan yang disertainya.

Dia menandatangani kontrak lima tahun semalam dengan yuran perpindahan bernilai £48 juta (RM293 juta).

Untuk rekod, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya Cole Palmer (51) menyempurnakan lebih banyak gelecekan daripada Madueka (45) untuk Chelsea, malah dia juga telah mencipta 32 peluang buat pasukan. 


 


"Saya seorang yang selalu memendam perasaan, dan saya rasa ia membawa saya ke arah yang tepat setakat ini.

"Jadi, saya tidak fikir akan ada banyak perbezaan di sini. Sara rasakan ia akan menjadi satu kejayaan yang hebat dan saya gembira berada di sini.

"Ia sudah menjadi pasukan yang hebat dengan identiti yang jelas, dan saya tidak sabar untuk membawa gaya saya kepada pasukan dan cuba membantu sebanyak yang mungkin.

"(Saya mahu) memenangi semua pertandingan yang kami sertai. Saya rasa kami pasti mampu melakukannya. Bantu pasukan dalam setiap cara saya dan berkembang sebagai pemain dan seorang individu." katanya.

Advertisement

Must Watch Video