Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Saya mahu kekal, harap Mbappe juga turut sama -- Neymar

kylian-mbappe-and-neymar_.jpg
Neymar telah memberikan bayangan bahawa dia akan menandatangani kontrak baru bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan berharap Kylian Mbappe untuk membuat komitmen yang sama.

Bintang Brazil, Neymar, berhijrah ke Paris dari Barcelona pada 2017

Dia berulang kali dikaitkan dengan kepulangannya ke Sepanyol, baik di Barcelona atau Real Madrid, tetapi prospek perpindahan seperti itu sekarang tampak jauh ketika kelab-kelab tersebut terkesan daripada krisis COVID-19.

Neymar dan Mbappe, pemain yang turut dikaitkan dengan kedua-dua gergasi LaLiga, memiliki kontrak bersama PSG sehingga penghujung musim 2021-22.

Penyerang Brazil itu sebelum ini tidak dapat menentukan masa depannya di Paris tetapi kini melihat akan kekal bagi jangka masa panjang.

"Ya, saya sangat gembira.

"Saya berasa sangat gembira. Banyak perkara telah berubah tetapi sukar untuk saya jelaskan.

"Saya tidak pasti sama ada saya atau perkara lain yang telah berubah tetapi saya berasa sangat baik. Lebih tenang dan gembira di sini.

"Saya mahu kekal di PSG dan saya harap Kylian juga kekal. Sudah tentu, itulah kehendak semua peminat Paris.

"Kami mahu PSG menjadi pasukan yang hebat. Saya mahu meneruskan apa yang selalu saya lakukan di Paris, bermain bola sepak dan gembira."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Paris Saint-Germain (@psg)



Neymar berkata demikian dalam satu temu bual sebelum kekalahan 3-2 kepada Lorient, di mana Neymar menjaringkan dua penalti.

Ia merupakan kekalahan pertama bagi pengendali baru PSG, Mauricio Pochettino, adn dia mahu pasukan kembali ke rentak kemenangan ketika bertemu Nimes sebelum berdepan Marseille Ahad ini.

Advertisement

Must Watch Video