Skip to main content

Bola Sepak

Saya mahu kekal bersama Liverpool -- Firmino

roberto-firmino_hjzrwsj3wz8015ei1orzujvun.jpg
Penyerang Liverpool dan Brazil, Roberto Firmino, berkata dia mahu kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Firmino bakal tamat kontrak penghujung musim depan, bersama-sama Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Salah berkata dia mahu bersama Liverpool musim depan, walaupun tidak berkongsikan masa depan jangka panjangnya kepada kelab itu, manakala Mane berkata dia akan mendedahkan rancangannya selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid Sabtu ini.

Bagaimanapun, bercakap kepada TNT Sports Brasil, Firmino menjelaskan hasratnya untuk kekal di Merseyside.

"Saya gembira di sini," katanya. "Saya bersyukur saya bermain untuk kelab terbaik bersama pemain-pemain terbaik, memenangi gelaran, dan saya mahu mengatakan mahu kekal di sini.

"Saya gembira di sini, jadi itu sahaja boleh saya katakan."

<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">20 - Roberto Firmino (20) has become the fourth <a href="https://twitter.com/LFC?ref_src=twsrc%5Etfw">@LFC</a> player to score 20+ times for the club in the European Cup/Champions League, after Mohamed Salah (33), Sadio Mané (22) and Steven Gerrard (21). Dazzler.</p>&mdash; OptaJoe (@OptaJoe) <a href="https://twitter.com/OptaJoe/status/1514340312226930695?ref_src=twsrc%5Etfw">April 13, 2022</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Advertisement

Must Watch Video