Skip to main content

Bola Sepak

'Saya mahu bermain di luar negara, tunggu saja'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rizky.jpg
Bermain di luar negara adalah impian semua atlet.

Pemain kebangsaan Indonesia, Rizky Ridho Ramadhani, menyatakan hasrat melebarkan karier ke luar negara bagi meraih pengalaman dan bersaing secara kompetitif.

Bintang pertahanan Sang Garuda itu merupakan ketua pasukan Persija Jakarta dan sandaran utama skuad Patrick Kluivert menghadapi pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia, Oktober depan. 

Dengan 100 penampilan dalam Liga Super Indonesia, tonggak berusia 23 tahun itu sedang mengatur perancangan untuk berkelana ke luar negara sebagai harapan utamanya ketika ini. 

"Saya ada berkomunikasi bersama agen saya.

 

"Saya sedang menguruskan klausa untuk bermain di liga luar.

"Jadi, tunggu sahaja," katanya.

Meninjau laman Transfermarkt, kontrak Rizky Ridho bersama Persija akan berakhir pada 2026. 

Terdapat khabar angin bahawa dia akan bergabung bersama gergasi kelab Liga Malaysia (Liga-M), Terengganu, menerusi satu laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Untuk rekod, pengurusan Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al Bajrai, bersama Ketua Pegawai Operasi, Mohd Syahrizan bin Mohd Zain telah mengadakan sesi pertemuan bersama pihak pengurusan Persija Jakarta.

Pertemuan ini membincangkan pelbagai aspek pembangunan bola sepak serta potensi kolaborasi antara kedua-dua kelab, termasuk pembangunan bakat pemain muda, program pertukaran kepakaran kejurulatihan, penganjuran perlawanan persahabatan antarabangsa, serta peluang komersial yang dapat memberi manfaat bersama.
 
Adidas Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video