Skip to main content

Bola Sepak

Saya kena 'move on' dari Sri Pahang -- Syazwan Andik terbuka adakan perbincangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sa.jpg
Bekas pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syazwan Andik Mohd Ishak, memilih untuk meninggalkan Sri Pahang?

Pemain berusia 28 tahun itu tampak sudah menutup buku perjalanan bersama Tok Gajah untuk musim depan, meskipun kelab berkenaan difahamkan tetap membuat permohonan Lesen Kebangsaan. 

Nama Syazwan Andik juga pernah menggegar arena bola sepak negara susulan menampilkan persembahan memukau sewaktu mewakili Harimau Malaya sebelum ini. 

Dia yang merupakan tonggak utama skuad kendalian Fandi Ahmad dengan memiliki minit permainan yang banyak, dikhabarkan diintai beberapa pasukan antaranya Kuala Lumpur City dan bakal pendatang baru Liga Super, Melaka.

"Saya rasa seperti tiada peluang.

"Pemain yang masih memiliki kontrak juga diberi pelepasan mencari kelab lain.

"Untuk hala tuju, saya mahu meneruskan karier dengan mencari pasukan baru. 

"Saya harus melupakan Sri Pahang dan sudah tiada masa untuk menunggu daripada pihak pengurusan.

"Saya terbuka kepada apa-apa perbincangan dan meletakkan sasaran bermain selaku kesebelasan utama dalam pasukan yang beraksi dalam Liga Super," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video