Skip to main content

Bola Sepak

Saya kena 'fight', ada masa 'struggle' -- Arif Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif.jpg
Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, berkongsikan dirinya tetap perlu bekerja keras bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.

Pemain berusia 22 tahun itu antara watak penting Harimau Selatan dalam merangkul kejuaraan ke-10 dalam perlawanan sumbangsih menewaskan Selangor 3-0 -satu jaringan menerusi Arif Aiman- di Iskandar Puteri, malam tadi.

"Ya, sekarang saya kena bekerja keras untuk tempat saya. Saya perlu ‘fight’ antara satu sama lain dalam latihan.






"Saya buat persiapan dengan serius sebelum musim bermula kerana setiap musim adalah peluang baharu bagi saya dan saya tidak anggap ia sama seperti musim sebelum ini.

Arif turut menjelaskan kehadiran pemain baru sentiasa memberikan tonik tambahan buat JDT dalam memperkukuhkan pasukan setiap musim.

"Oleh itu, setiap musim baharu penting bagi saya. Kedatangan pemain baharu banyak membantu pasukan dan JDT semakin lama semakin kuat.

"Dalam bola sepak, ada masa kita ‘struggle’, ada masa senang. Tapi saya akan terus belajar dan ambil peluang, tak kira lawan kuat atau lemah." katanya kepada Sinar Harian.

Advertisement

Must Watch Video