Skip to main content

Bola Sepak

Saya harap juga rakyat Kelantan sokong Negeri Sembilan — Luqman Hakim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman.jpg
Anak jati Kelantan yang berkelana di Eropah menyertai Liga Malaysia (Liga-M) dengan misi penting -- demi prestasi, minit permainan dan mahu semula menambat hati peminat. 

Antara bualan peminat, Luqman Hakim Shamsudin pulang semula ke pangkuan negara dan memilih Negeri Sembilan sebagai pasukan baharu dengan harapan mahu mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Daripada produk Program Pembangunan Akar Umbi (NFDP) ke Selangor dan terbang ke bumi Belgium termasuk menimba pengalaman bersama Yokohama SCC sebelum memperkuat skuad kendalian Nafuzi Zain sebagai tonggak utama skuad Jang.

Meninjau satu perkongsian di TikTok, pemain berusia 23 tahun itu mahu melunaskan tanggungjawab yang diberikan selaku penyerang tempatan meskipun bersaing dengan pemain import. 

 
@bekkimobilehq Antara anak jati kelate hok menjadi bualan rakyat malaysia Luqme kato ko abe ki,bare ni ado 3 helai jah dio wak balik malaysia. Ado masalah telepon wak mari ko abe ki deh @BEKKI TEPON ORE KLATE HARAP @BEKKI KUALA KRAI|REPAIR PHONE @BEKKI KOTABHARU | REPAIR PHONE ♬ original sound - bekki mobile shopping


Ketika ditanya mengenai jumlah sasaran gol, ini jawapan Luqman:

"Saya tidak mahu janji bulan dan bintang, tetapi Insya-Allah gol itu akan ada.

"Saya juga ingin menjaringkan gol.

Dalam masa sama, pemain Harimau Malaya itu meletakkan harapan untuk memartabatkan bola sepak Negeri Sembilan seperti sebelum ini.

"Sasaran utama adalah untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Negeri Sembilan seperti pertembungan dua gergasi dengan Kelantan beberapa tahun sebelum ini.

"Saya mahu menaikkan semula kebangkitan Hoben Jang Hoben," katanya lagi.

Dengan berseloroh, Luqman juga menyeru peminat setianya meskipun dari negeri kelahirannya turut menyokong perkembangannya bersama juara Liga Perdana 2021 itu.

"Saya harap juga rakyat Kelantan memberi sokongan kepada Negeri Sembilan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video