Skip to main content

Bola Sepak

Saya harap dapat bersaing secara sihat -- Penjaga gol Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azri.jpg
Penjaga gol Negeri Sembilan, Azri Ghani, menegaskan dia sedia untuk bersaing merebut tempat selaku posisi nombor satu Harimau Malaya menjelang dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Singapura dan Palestin, September depan.

Sedar ia bukan tugas mudah, pemain berusia 26 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menganggap setiap penjaga gawang yang disenaraikan memiliki kelebihan dan keupayaan masing-masing.

Selain bekas bintang Kuala Lumpur (KL) City itu, tiga lagi penjaga gol yang turut dipanggil Peter Cklamovski menyertai kem latihan skuad kebangsaan ialah Syihan Hazmi Mohamed, Haziq Nadzli, serta Suhaimi Husin.

Untuk rekod, pemain yang mesra disapa Ayie itu telah beraksi dalam tiga aksi Liga Super bersama skuad Jang musim ini dengan mencatatkan 270 tempoh minit permainan.

 

"Terima kasih kepada semua barisan kejurulatihan, pemain-pemain yang banyak menyokong saya luar dan dalam padang.

"Daripada mereka juga saya nampak untuk pergi ke skuad kebangsaan.

"Saya harap saya dapat bersaing secara sihat dan menunjukkan apa yang saya ada.

"Masing-masing ada kelebihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video