Skip to main content

Bola Sepak

Saya harap dana RM30 juta dilaksana dengan amanah -- Bekas penyerang Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nizar.jpg
Nizaruddin merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan antara 1999-2008 mengakui dana keseluruhan diterima FAM sebanyak RM30 juta itu sebagai jumlah yang mencukupi demi memastikan pasukan utama lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa disertai nanti.

Pemenang kasut emas Liga Super 2009 itu turut berharap program pembangunan akar umbi dapat terus diperluaskan dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat pelapis muda bagi membarisi skuad B-23 negara, yang akan bertindak sebagai tulang belakang kepada skuad utama.

Skuad kebangsaan ketika ini sedang melalui proses revolusi yang diketuai Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dengan menyaksikan beberapa 'pakar' telah dilantik termasuk ketua jurulatih baru, Peter Cklamovski, Ketua Pegawai Eksekutif FAM, Robert Friend dan Ketua Prestasi Tinggi Dan Perubatan Sukan,Dr. Craig Duncan.

"Kita tahu bola sepak sukan utama di Malaysia dan dunia, apa-apa pergerakan memang perlukan sumber kewangan. Saya harap dana kerajaan (RM30 juta) itu dapat dilaksanakan dengan amanah dan digunakan berkaitan dengan persatuan bola sepak negara serta untuk mencari bakat baru yang lebih baik.

"Penyokong mahu melihat kemajuan skuad negara serta liga yang bertambah maju." katanya.

FAM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menerusi presidennya, Tan Sri Datuk Hamidin Mohd Amin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan memberikan jaminan pihaknya akan manfaatkan sebaik mungkin dana yang disalurkan itu bagi meningkatkan program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
 

Advertisement

Must Watch Video