Bukan hanya bintang Manchester City, Tijjani Reijnders, malah tonggak Bournemouth, Justin Dean Kluivert, juga berharap supaya Indonesia layak ke Piala Dunia 2026.
Jika Tijjani Reijnders yang bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda ingin melihat adiknya, Eliano Reijnders, yang berjuang untuk Sang Garuda, Justin juga mendoakan bapanya berjaya membawa negara itu ke kejohanan paling berprestij itu, tahun hadapan.
Legenda Barcelona, Patrick Kluivert menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih membawa impian besar rakyat Indonesia menjelang pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia di Arab Saudi, Oktober depan.
Ketika ditemu bual oleh Stadium Astro, anaknya, Justin yang kini berkelana dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) memuji suasana bola sepak Indonesia, sambil mengharapkan ayahnya Patrick dapat merealisasikan impian tersebut.
"Sudah tentu, saya mengetahui dan mengikuti perkembangannya.
"Saya sangat berbangga dengan ayah saya.
"Dia menerima tawaran tersebut dan mahu mencapai sasaran terbaik.
"Saya percaya mereka akan layak kerana betapa besarnya mereka mencintai bola sepak. Ia sangat membanggakan.
"Saya harap ayah akan berjaya kerana itu akan membuatkan Indonesia terkenal seluruh dunia.
"Selain memiliki pemain yang bagus, peminat Indonesia juga sangat mengagumkan," katanya.