LIGA SUPER MSIA
Saya gembira sertai kelab gergasi ini -- 'Orang Besi' baru JDT
Pertahanan baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Alvaro Gonzalez, berkongsikan rasa teruja dan berterima kasih kepada pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan peluang buat dirinya menyarung jersi pasukan itu.
Pemain berusia 35 tahun itu beranggapan menyertai skuad Harimau Selatan sebagai satu penghormatan buat dirinya dengan komited untuk menggunakan pengalamannya di pentas Eropah bagi membantu JDT terutamanya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Iklan
"Saya gembira sertai kelab gergasi ini. Mari bekerja keras dan nikmati permainan di atas padang.
"Buat TMJ terutamanya saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan sejak saya di sini. Ini adalah satu penghormatan menjadi sebahagian daripada keluarga (JDT) ini." katanya menerusi laman Instagram.
Terdahulu, 'kereta kebal' baru itu JDT pernah menyumbangkan khidmatnya bersama Villareal, Marseile, dan Al-Nassr dan merupakan pemain termahal JDT bernilai RM4.5 juta selepas Jordi Amat.
Must-Watch Video