Penyerang warisan skuad kebangsaan, Joao Figueiredo, mengakui puas apabila sekali lagi dapat membantu Malaysia catatkan kemenangan di laman sendiri.
Bintang berusia 29 tahun itu menyumbat gol kemenangan selepas menampan bola lorongan Stuart Wilkin untuk Harimau Malaya meraih kemenangan 2-1 menewaskan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Tegas tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, keutamaannya adalah untuk membantu pasukan secara keseluruhan dan bukan sekadar mencetak nama selaku penjaring.
Untuk rekod, jaringan bertemu The Lions merupakan catatan kedua peribadi Figueiredo bersama skuad kendalian Peter Cklamovski selepas turut menyumbang satu gol ketika menewaskan Vietnam 4-0, Jun lalu.
"Saya sangat gembira dengan jaringan itu, tetapi paling penting adalah untuk mencari kemenangan dan membantu skuad negara.
"Kami mempunyai perkara positif dan negatif dalam aksi persahabatan itu.
"Kami akan bertambah baik dan memperbaiki kekurangan.
"Saya gembira dapat membantu Harimau Malaya sekali lagi dan kami akan terus mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya di Nadi Arena.