Skip to main content

Bola Sepak

Saya dibesarkan pakai jersi Manchester United -- Mbeumo lahir rasa cinta buat Man United sejak kecil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bryan-mbeumo-new.jpg
Pemain sayap Cameroon, Bryan Mbeumo, berkata dia 'dibesarkan dengan memakai' jersi Manchester United selepas menyertai kelab itu dari Brentford dengan perjanjian sehingga 2030.

Mbeumo dilaporkan menelan kos GBP65 juta (RM371 juta) pada peringkat awal buat juara liga Inggeris 20 kali itu selepas meledak 20 gol dalam 38 perlawanan liga musim lalu bersama The Bees.

Tottenham, yang kini dikendalikan oleh bekas bos Brentford, Thomas Frank, turut memburu penyerang kelahiran Perancis itu sebelum tawaran lebih baik daripada United memuktamadkan perpindahan berkenaan.

Tawaran ketiga United, bernilai GBP65 juta dengan tambahan GBP6 juta (RM34 juta) dalam bentuk bonus, diterima minggu lalu.

"Sejak saya tahu ada peluang untuk menyertai Manchester United, saya terus ambil kesempatan itu untuk menandatangani kontrak bersama kelab impian saya," kata Mbeumo dalam kenyataan United.

"Kelab yang mana jersinya saya pakai sewaktu membesar.

"Ini kelab yang besar, dengan stadium yang luar biasa dan penyokong yang menakjubkan. Kami semua benar-benar berazam untuk mencabar kejuaraan utama," katanya.

"Falsafah saya adalah untuk sentiasa menjadi lebih baik berbanding semalam," kata Mbeumo.

"Saya sedar saya ada semangat dan karakter untuk capai tahap lebih tinggi di sini, belajar di bawah Ruben Amorim dan beraksi bersama pemain bertaraf dunia."

Penyerang Wolves, Matheus Cunha dan pertahanan muda Paraguay, Diego Leon turut berpindah ke Old Trafford.

Advertisement

Must Watch Video