Skip to main content

Bola Sepak

Saya bukan tamak – Zaquan Adha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

260417zaquanadha.jpg

“Saya bukan tamak”, demikian tegas penyerang Perak, Zaquan Adha Abdul Radzak, yang tidak mahu membolot peluang di hadapan gawang tanpa memikirkan apa yang terbaik untuk pasukan dan rakan-rakan yang lain.

Memang benar, mencipta jaringan berjaya mencetus kepuasan sebenar untuk semua pemain bola sepak.

Namun, Zaquan tidak mahu kelangsungan itu menjadikan dirinya tamak untuk mendominasi di hadapan gawang dan mencipta namanya sendiri tanpa memikirkan apa yang terbaik buat The Bos Gaurus.

Sebaliknya, ia perlu melibatkan kesesuaian dan keperluan jentera serangan dalam mengatur gerak di hadapan gawang Kedah dalam aksi malam ini.

"Saya bukan seorang pemain yang tamak.

"Mana-mana pemain yang menjaringkan gol memiliki satu misi yang sama, mahu mendapatkan tiga mata penuh buat pasukan," katanya.

Zaquan mahu melunas dendam tewas kepada Kedah dalam perebutan slot suku akhir Piala FA tempoh hari dengan menegaskan tiga mata penuh akan menjadi milik Perak.

Tidak rela sekali lagi tumpas di laman sendiri, Zaquan mahu menafikan badi Perak kepada Kedah sejak sekian lama.

"Kami memiliki rekod buruk berdepan Kedah sejak 2014, iaitu hanya meraih satu kemenangan.

"Ini adalah masa yang terbaik buat kami menebus maruah beraksi di laman sendiri."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video