Ketua jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert, mengakui aspek persiapan yang singkat untuk pemain yang beraksi di luar negara menyertai skuad Garuda antara cabaran utamanya kali ini.
Ini susulan Indonesia terpaksa akur tewas tipis 2-3 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pusingan keempat, Kumpulan B, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Jeddah awal pagi tadi.
"Saya bukan jenis jurulatih yang mencari alasan tetapi itulah keadaannya. Pemain terakhir (sertai skuad Indonesia) baru datang kelmarin.
"Semestinya tidak bagus bagi mempersiapkan diri dengan baik bagi menghadapi kejohanan penting seperti ini.
"Tetapi itu adalah fakta, para pemain beraksi di luar negara, kami tidak boleh berlatih dalam tempoh waktu yang cukup, ini memang antara kesulitan yang selalu kami hadapi." katanya seperti dilaporkan media Indonesia.
Negara jiran itu akan meneruskan kempen berdepan negara di ranking ke-58 dunia, Iraq, pada Ahad ini dengan skuad Lions of Mesopotamia berada dalam momentum terbaik mereka ketika ini selepas menewaskan Jordan yang telah layak ke Piala Dunia sebelum ini.
Klik Sini

Patrick Kluivert mengaku enggan mencari-cari alasan atas kekalahan Indonesia 3-2 dari Arab Saudi.
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) October 9, 2025
Tapi, sang pelatih menjelaskan bagaimana persiapan tim kurang ideal lantaran tidak cukup waktu untuk berlatih dengan skuad komplet.#TimnasIndonesia #WCQ pic.twitter.com/kN96Ht7OAT
"Semestinya tidak bagus bagi mempersiapkan diri dengan baik bagi menghadapi kejohanan penting seperti ini.
"Tetapi itu adalah fakta, para pemain beraksi di luar negara, kami tidak boleh berlatih dalam tempoh waktu yang cukup, ini memang antara kesulitan yang selalu kami hadapi." katanya seperti dilaporkan media Indonesia.
Negara jiran itu akan meneruskan kempen berdepan negara di ranking ke-58 dunia, Iraq, pada Ahad ini dengan skuad Lions of Mesopotamia berada dalam momentum terbaik mereka ketika ini selepas menewaskan Jordan yang telah layak ke Piala Dunia sebelum ini.

Bersama Dalam Solidariti
Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.
Klik Sini