Skip to main content

Bola Sepak

Saya akan tinggalkan kelab satu hari nanti -- Pengerusi J/K Teknikal Selangor mohon maaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahril-mokhtar-sfc.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, tampil memohon maaf kepada seluruh penyokong Gergasi Merah susulan prestasi goyah pasukan itu, terutama selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Ujarnya, pihak pengurusan pasukan itu tidak akan berpeluk tubuh dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan drastik demi memastikan Selangor kembali sebagai pasukan yang disegani dalam kancah bola sepak Malaysia.

Jelasnya, semua pihak, termasuk dirinya, perlu bertanggungjawab atas persembahan semasa skuad kendalian Christophe Gamel itu, yang menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong.

Dalam masa sama, Shahril turut menafikan dakwaan bahawa segala keputusan kelab itu adalah di bawah kuasa mutlaknya, di mana ia sebenarnya dicapai menerusi kata sepakat semua ahli yang membarisi Juawatankuasa Teknikal Selangor.

"Segala keputusan yang berlaku dalam kelab adalah keputusan bersama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Saya hanyalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor dan di dalam jawatankuasa itu ada nama-nama lain yang terkenal dalam dunia bola sepak.

"Ingin juga saya tekankan di sini, sekiranya kelab mahu mengambil atau melepaskan pemain, kesemua ahli jawatankuasa ini perlu bersetuju, ia bukan dengan persetujuan majoriti sahaja. Jatuh bangun kelab ini, semua perlu bertanggungjawab.

"Pada masa sama, bagi pihak kelab, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf terhadap prestasi kelab ini.

"Tetapi ia bukan akan berakhir di sini, kita masih ada ruang untuk memperbaiki pasukan."

Mengulas lanjut, Shahril menambah: "Saya akan meninggalkan kelab ini satu hari nanti. Saya di Selangor FC bukannya bergaji, sudah tujuh-lapan tahun.

"Saya buat semua ini atas dasar minat dan rasa sayangkan pasukan Selangor.

"Beri saya peluang, saya seorang profesional, saya dari bidang korporat.

"Kelab ini bukan tempat saya cari rezeki atau saya cari makan, di sinilah saya luahkan rasa cinta saya.

"Jadi, belum sampai masanya, beri ruang untuk kita perbaiki apa yang perlu diperbaiki dan sampai masa dan ketikanya, saya akan meninggalkan kelab ini suatu hari nanti."

 
Nike

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video