Pertahanan muda Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar, komited untuk memberikan aksi terbaiknya buat skuad The Red Giants dan Harimau Malaya selepas aksinya dalam saingan liga dan di pentas Asia mencuri tumpuan.
Kapten Selangor itu berada dalam senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan yang akan menghadapi perlawanan persahabatan Tier 1 berdepan India di Hyderabad, esok.
Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu turut telah membuat 45 penampilan bersama pasukan dari Lembah Klang itu dan telah menyumbangkan enam jaringan dalam semua pertandingan.
"Sejujurnya perjalanan saya masih jauh tetapi saya bersyukur melalui musim yang agak baik. Sokongan keluarga, pengurusan, jurulatih sangat penting dalam perjalanan saya.
"Kepercayaan yang mereka berikan mendorong saya untuk terus berusaha dalam setiap peluang yang diberikan.
"Saya akan bekerja keras untuk Selangor, Malaysia dan diri sendiri." katanya.
Saufi Tahir
Sun Nov 17 2024