Skip to main content

Bola Sepak

Saul akan buat penampilan pertama lawan Aston Villa, kata Tuchel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saul.jpg
Thomas Tuchel mendedahkan bahawa Saul Niguez telah lama menjadi sasaran Chelsea dan pemain yang dipinjamkan daripada Atletico Madrid itu akan melakukan penampilan pertamanya ketika berdepan Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Pemain berusia 26 tahun itu memenangi LaLiga bersama Atletico musim lalu sebelum menyertai The Blues secara pinjaman semusim -- pasukan bimbingan Tuchel itu dilaporkan boleh melakukan pembelian secara tetap dengan nilai £30 juta (RM171.69 juta) selepas membayar yuran pinjaman awal sebanyak  £5 juta (RM28.61 juta).

Ketika Chelsea kelihatan akan menjadi pasukan kedua selepas Manchester United merekodkan 600 kemenangan dalam EPL,Tuchel menjelaskan bahawa penampilan pertama pemain barunya itu sudah dirancang sejak sekian lama.

"Dia sudah bersama kami selama dua minggu," katanya kepada wartawan.

"Dia bermain di tahap tertinggi. Saya fikir gambarannya amat jelas. Kelab ini telah mengikuti perkembangannya sejak bertahun-tahun lalu.

"Kami amat mengenali pemain ini. Dia dapat segera menyesuaikan diri dengan Marcos Alonso dan Kepa (Arrizabalaga), kami mengalu-alukan kedatangannya dalam pasukan ini.

"Dia akan bersama skuad kami esok, Jorginho tidak mungkin terlepas sebarang perlawanan bersama Itali walaupun mereka sedang mendahului 5-0, jadi dia agak keletihan. Terdapat kemungkinan untuk Saul bermain buat kami," katanya.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video