BOLA SEPAK
Saudi Super Cup: Al-Hilal tepati ramalan bergelar juara
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mohammed Bin Zayed itu, menyaksikan Al-Hilal menewaskan Al-Ittihad 4-1 dalam perlawanan akhir Piala Super Saudi pada awal pagi tadi.
Al-Hilal mendahului seawal lima minit permainan menerusi penyerang sensasi dari Brazil, Malcom Felipe Silva, selepas bermain satu-dua bersama gandingannya, Saleh Al-Shehri.
Penyerang Al-Ittihad, Abderrazak Hamdallah, menyamakan kedudukan apabila dia meledak jaringan hasil daripada lantunan bola selepas sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol berpengalaman Maghribi, Yassine Bounou.
Al-Hilal tidak menunggu lama untuk kembali di hadapan apabila As Salem Al-Dawsari, berjaya menjaringkan gol cantik disusuli dengan Malcom, yang sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring gol untuk mengukuhkan kedudukan 3-1.
Pemain gantian, Nasser Al-Dawsari, dibawa masuk oleh jurulatih Al-Hilal, Jeorge Jesus,memberikan kemenangan bergaya buat pasukan itu selepas menjaringkan gol terakhir pada minit akhir permainan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Al-Hilal juga berada di landasan terbaik untuk memenangi tiga lagi trofi musim ini. Lebih mengagumkan, pasukan yang berada dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Asia dan Piala Raja Saudi itu, telah melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 34 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.