ACLE

'Satu penghormatan besar jadi keluarga JDT'

Najmi Iman 05/02/2025 | 10:21 MYT
Pertahanan terbaru Johor Darul Ta'zim (JDT), Alvaro Gonzalez, meluahkan rasa bangganya apabila dapat menyertai gergasi Liga Super Malaysia yang akan diperkuat menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), minggu depan.
Sebelum ini, pemain berusia 35 tahun itu pernah menyarung jersi Al-Nassr selain beraksi di samping Cristiano Ronaldo termasuk melebarkan karier di LaLiga seperti Real Zaragoza dan Villareal.
Bekas pemain Marseille itu juga melahirkan rasa keterujaannya untuk bermain bersama juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu bagi membantu mencapai objektif yang ditetapkan.

A post shared by Álvaro González (@alvarogonzalez_)

"Saya sangat gembiran dan berbangga dapat menyertai kelab ini.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan termasuk Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Ia satu penghormatan terbesar menjadi sebahagian daripada keluarga ini," katanya.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Alvaro Gonzalez #ACLE
;