Skip to main content

Bola Sepak

Satu minit senyap tapi pemain masih hidup -- Kelab mohon maaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pfc.jpg
Gergasi terkemuka Bulgaria, Arda Kardzhali, memohon maaf berikutan insiden diluar jangkaan yang berlaku sebelum perlawanan bertemu Levski Sofia bermula di Arena Arda, minggu lalu.

Sebelum aksi berlangsung, kedua-dua skuad mahu ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Petko Ganchev dengan menganjurkan 'one minute of silent' dengan berbaris di bulatan tengah.

 

Tetapi situasi bertukar riuh apabila pasukan tuan rumah mengeluarkan kenyataan bahawa Ganchev masih hidup sambil mengaku mereka menerima matlumat salah mengenai kematian pemain itu. 

"Kami mendoakan agar Petko Ganchev dikurniakan kesihatan yang baik," kata kelab.

Pertembungan tersebut menyaksikan keputusan penuh seri 1-1 di antara kedua-dua pasukan.

Advertisement

Must Watch Video