Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, telah memberikan pandangan mengenai perpindahan Marcus Rashford yang akan dipinjam ke Barcelona.
Perbincangan awal menyatakan Rashford bakal menyertai pasukan Catalan itu secara pinjaman selama semusim dari Old Trafford.
Perjanjian itu termasuk pilihan untuk Barcelona menandatangani pemain antarabangsa England itu secara kekal pada musim panas depan.
Rashford telah diketepi daripada skuad utama United selepas Ruben Amorim mengambil alih pasukan musim lalu dan jelas bahawa dia tidak mempunyai masa depan di Old Trafford di bawah pengurus Portugal itu.
Bercakap kepada bintang YouTube, IShowSpeed, untuk beIN Sports, bintang AS Monaco yang baharu itu berkongsi pandangannya terhadap perpindahan itu.
"Sukar untuk menerima keputusan ini. Manchester United kehilangan pemain yang hebat. Malang bagi mereka.
"Sejujurnya, Barcelona sangat bagus. Saya tidak bercakap pun tentang United, kerana mereka telah membeli beberapa pemain baharu dan pengurus baharu itu mahu menghasilkan taktikalnya.
"Ini sebenarnya bukan salah dia [Amorim]. Dia perlu menang. Jika dia tidak menang kelab akan memecatnya."
Rashford kehilangan tempat dalam kesebelasan utama bermula di bawah kendalian Erik ten Hag sebelum keadaan menjadi lebih buruk di bawah pengurus baharu pimpinan Ruben Amorim.
Pemain kebangsaan England itu menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk separuh kedua musim ini.
Semasa berada di Villa, Rashford membuat 17 penampilan dan menjaringkan empat gol, manakala dia memberikan enam bantuan.
Kontraknya bersama United berlangsung sehingga musim panas 2028.
Barcelona bersedia untuk membayar semua gaji Rashford GBP315,000 (RM1.79 juta) seminggu semasa perpindahan pinjamannya.

? "Crazy... but I'm happy for him!"
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) July 20, 2025
Paul Pogba talks about Rashford's move to Barcelona with Speed
? IShowSpeed#beINSPORTS #PaulPogba #MarcusRashford pic.twitter.com/8feVGeIh6U