Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan serap dua "ubi muda" bersama Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

satianathan.jpg
Ketua jurulatih Selangor, B. Satianathan, mengambil langkah luar biasa apabila memberi kenaikan pangkat kepada dua "ubi muda", iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi dan Harith Haikal Adam Afkar, untuk beraksi dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Pengendali itu sinonim sebagai jurulatih yang mementingkan kualiti berbanding reputasi pemain di dalam mahupun luar padang.

Sama ada berpengalaman luas atau tidak, seseorang pemain itu harus 'membeli' kepercayaannya terlebih dahulu untuk diberikan peluang beraksi.

Sebagai contoh, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan dan Hairuddin Omar, ialah antara pemain yang dapat memikat hatinya ketika berusia muda.

Justeru, pemilihan Mukhairi Ajmal dan Harith Haikal ke dalam skuad utama Red Giants itu mengejutkan ramai pihak, memandangkan kedua-dua pemain itu baru diuji dalam beberapa perlawanan Liga Perdana sebelum saingan itu terhenti berikutan pandemik COVID-19, Mac lalu.

"Pada hari pertama latihan selepas COVID-19, mereka sudah berada di dalam pasukan.

"Dalam masa 28 hari, meraka ada tujuh perlawanan.

"Kalau Luqman Hakim masih ada lagi, saya sudah serapkannya ke dalam Selangor tetapi dia akan ke Belgium, jadi tak guna saya serapkan kerana dia akan ke sana.

"Mukhairi dan Harith ada potensi yang besar tetapi macam saya kata, hanya disiplin dan dedikasi akan membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi. 

"Kalau mereka berpuas hati dengan apa yang dicapai sekarang, ia tak cukup," ujarnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video