Skip to main content

Bola Sepak

Sathianathan: Pemain-pemain saya sudah bangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sathianathan_1.jpg
Ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan, memuji aksi anak-anak buahnya selepas membenam cabaran Kedah 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darulaman, malam tadi.

Selepas tewas dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di tangan PKNP FC sebelum ini, Felda berdepan tugas berat apabila perlu menghadirkan kemenangan bagi memperbaiki moral yang tercalar.

Biarpun sedar bukan mudah untuk menang di tempat lawan, kemenangan tetap menjadi sasaran utama Sathianathan untuk dijadikan suntikan semangat menjelang pertemuan kedua suku akhir, Sabtu ini.

Dan harapan itu berjaya ditunaikan apabila dua gol daripada Wan Zack Haikal Wan Noor serta satu jaringan oleh Thiago Augusto berjaya memberikan kemenangan 3-1 buat The Fighters.

"Saya harus memberikan pujian kepada anak-anak buah saya kerana menampilkan aksi yang baik dan mereka mengikut setiap perancangan yang telah dilakukan.

"Kami berlatih selama empat hari untuk bangkit daripada kekalahan di tangan PKNP sebelum ini dan kami sedar, bukan mudah untuk menentang Kedah," ujar Sathianathan.

Dalam masa sama, pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, tidak menuding jari kepada mana-mana pemain di atas kekalahan itu, sebaliknya mengakui Felda United jelas pasukan lebih baik berbanding anak didiknya dalam pertemuan itu.

"Kami bermula dengan perlahan dalam aksi malam tadi, kemudian berlaku sedikit kesilapan sehingga memberikan ruang buat lawan menjaringkan gol dan kami gagal mengejar kedudukan semula.

"Kedah terpaksa akur dengan kekurangan yang ada pada skuad Kedah ketika menentang Felda," kata Nidzam lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video