Skip to main content

Bola Sepak

Sasar beraksi Piala Dunia di sebalik keputusan Cristiano Ronaldo kekal bersama Al-Nassr

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo-cristiano.jpg
Cristiano Ronaldo berkata peluang untuk berehat sepanjang musim panas dan berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi Piala Dunia 2026 adalah faktor dia menandatangani perjanjian baharu di Al-Nassr -- daripada menyertai pasukan yang terlibat dalam Piala Dunia Kelab.

Penyerang Portugal itu menyasarkan penampilan Piala Dunia keenam di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada musim panas akan datang.

Dia menandatangani kontrak baru dua tahun dengan pasukan Saudi, Al-Nassr awal minggu ini setelah mendedahkan bahawa dia telah menolak tawaran daripada pasukan di Piala Dunia Kelab, yang kini dimainkan di Amerika Syarikat.

“Saya mempunyai beberapa tawaran untuk bermain Piala Dunia [Kelab], tetapi saya fikir ia tidak masuk akal kerana saya lebih suka berehat dengan baik, persediaan yang baik, kerana musim ini akan menjadi sangat panjang, kerana ini adalah musim Piala Dunia pada penghujungnya,” kata Ronaldo yang berusia 40 tahun kepada Al Nassr TV.

Dia berkata dia memutuskan untuk 'tidak menerima' tawaran untuk 'bersedia bukan sahaja untuk Al Nassr, tetapi juga untuk pasukan kebangsaan'.

Ronaldo telah menjaringkan 138 gol dalam 221 penampilan untuk Portugal sejak membuat penampilan pertamanya pada 2003.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah bermain di 11 kejohanan utama, menjulang dua gelaran Liga Negara-Negara dan memenangi Euro 2016.

Dia telah berjaya menjaringkan 99 gol dalam 111 penampilan untuk Al-Nassr dan sedang dalam perjalanan untuk mencapai 1,000 gol senior dalam kariernya, dengan catatan semasa 938 untuk kelab dan negara.

Advertisement

Must Watch Video