Skip to main content

Bola Sepak

Sarawak berada pada fasa 'hidup mati', perlu menang -- Posa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

p24-ok-posa-fas-chief.jpg
Tiada pilihan. Sarawak perlu menang aksi baki Liga Super, terutamanya dua perlawanan penutup di laman sendiri, tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais semalam.

Katanya, hanya dengan kemenangan sahajalah, skuad Ngap Sayot akan dapat kekal bersaing dalam liga tersebut.

Mengenai aksi terakhir Piala Malaysia menentang Terengganu pada 9 September depan, beliau beranggapan ia sekadar pelengkap jadual.

" Sebarang keputusan tidak akan mengubah kedudukan kedua-dua pasukan yang sudah terkeluar dari kancah saingan ke separuh akhir.

" Apa pun kerana ia peraturan perlawanan, maka kita menghormati jadual.

Kata Posa, fokus bagaimanapun terarah kepada pertemuan dengan Pahang pada 20 September, yang harus menyaksikan kebangkitan pasukan ini selepas berehat panjang.

" Kita pernah mengalahkan Pahang di gelanggang mereka sebelum ini, dan kita perlu mengulangi momentum itu.

" Dua aksi lain ialah melayan Kedah dan T. Team di Stadium Negeri. Juga kedua-duanya wajib menang. Ia pertarungan hidup atau mati," tambahnya.

Berhubung cadangan beberapa pihak dalam gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahukan jumlah pasukan dalam Liga Super ditambah empat kepada 16 pasukan, Posa beranggapan ia cadangan yang baik.

" FAS tidak akan teragak-agak untuk menyokong cadangan ini, yang dijangka akan dibincangkan FAM sebelum atau selepas liga berakhir.

Mengenai kedudukan pemain Sarawak pada musim depan pula, Posa berkata kebanyakan pemain akan menamatkan kontrak mereka pada November ini.

" Kita belum putuskan siapa yang akan kekal. Kita perlu tamatkan saingan terlebih dahulu dan hanya selepas itu, kita akan menilai dan merangka strategi untuk pasukan baharu tahun hadapan.

" Kalau kita kekal dalam Liga Super, peluang mereka untuk kekal adalah cerah ... kerana sudah semestinya keutamaan adalah untuk mereka (pemain musim ini),"  tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video