BOLA SEPAK
Santos sahkan kepulangan Neymar
Santos mengesahkan bahawa mereka telah kembali menandatangani Neymar, yang menyaksikan bintang Brazil itu akan kembali ke kelab zaman remajanya.
Nemar, yang baru sahaja menamatkan kontraknya bersama Al-Hilal secara persetujuan bersama, mengumumkan semalam bahawa dia akan kembali ke Santos dan dilaporkan menandatangani kontrak enam bulan.
Dia menyertai akademi kelab itu ketika berusia 11 tahun pada 2003 sebelum melakukan penampilan pertama bersama skuad senior Santos pada 2009 untuk mengumpulkan 235 penampilan bersama mereka dalam semua pertandingan.
Iklan
Sepanjang tempoh itu, dia menjaringkan 136 gol sebelum menyertai Barcelona pada 2013, di mana dia kemudian memenangi lapan kejuaraan utama, termasuk dua gelaran LaLiga dan masing-masing satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Selepas itu, dia menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), sebelum ke Al-Hilal, di mana dia hanya dapat melakukan tujuh penampilan dalam Liga Pro Saudi gara-gara bergelut dengan kecederaan.
Must-Watch Video