Pemain Inter Miami, Luis Suarez, digantung sebanyak enam perlawanan selepas tindakannya meludah jurulatih Seatlle Sounder, Brian Schmetzer, ketika pasukannya tewas 0-3 kepada Seattle Sounder dalam aksi final Piala Liga Inter Miami minggu lalu.
Tindakannya itu menimbulkan pergaduhan antara pemain dan staf kejurulatihan dengan rakan sepasukannya yang terlibat -Sergio Busquets dan Thoman Aviles digantung aksi- selepas dilaporkan terlibat oleh pegawai perlawanan.
Sebelum ini, kronologinya menyaksikan pengadil meniup wisel penamat di Padang Lumen Seattle, penyerang kelahiran Uruguay berusia 38 tahun itu meluru ke arah Obed Vargas yang berusia 20 tahun, menyebabkan pemain tengah Sounders itu terpinga-pinga.
Pertembungan itu pantas memuncak hingga mencetus pergaduhan besar-besaran yang melibatkan pemain dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak.
Ketika pegawai bergegas untuk memulihkan keadaan, kamera kelihatan memaparkan Suarez meludah ke arah jurulatih Seattle semasa berjalan meninggalkan Vargas.
"Sangat menyesal, perkara itu berlaku sejurus perlawanan tetapi itu tidak membenarkan reaksi (meludah) saya. Saya silap dan saya benar-benar menyesalinya.
"Ia bukan imej yang mahu saya gambarkan, tidak juga kepada keluarga saya, saya menderita kerana kesilapan saya mahupun kelab yang tidak sepatutnya terjejas oleh perkara ini.
"Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dan mengambil peluang ini untuk mengakui dan meminta maaf kepada semua pihak yang berasa buruk mengenai apa yang saya lakukan." katanya menerusi laman Instagram.
Dapatkan Sekarang

Inter Miami striker Luis Suárez has been given a six-game suspension by the Leagues Cup Organizing Committee for spitting at a Seattle Sounders staff member following Sunday's Leagues Cup final. pic.twitter.com/dIochWJxDX
— ESPN FC (@ESPNFC) September 5, 2025
Pertembungan itu pantas memuncak hingga mencetus pergaduhan besar-besaran yang melibatkan pemain dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak.
Ketika pegawai bergegas untuk memulihkan keadaan, kamera kelihatan memaparkan Suarez meludah ke arah jurulatih Seattle semasa berjalan meninggalkan Vargas.
"Sangat menyesal, perkara itu berlaku sejurus perlawanan tetapi itu tidak membenarkan reaksi (meludah) saya. Saya silap dan saya benar-benar menyesalinya.
"Ia bukan imej yang mahu saya gambarkan, tidak juga kepada keluarga saya, saya menderita kerana kesilapan saya mahupun kelab yang tidak sepatutnya terjejas oleh perkara ini.
"Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dan mengambil peluang ini untuk mengakui dan meminta maaf kepada semua pihak yang berasa buruk mengenai apa yang saya lakukan." katanya menerusi laman Instagram.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang