Skip to main content

Bola Sepak

Sang Garuda rindu lawan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erick-thohir.jpg
Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir, berminat untuk beradu tenaga dengan Harimau Malaya dalam jendela perlawanan persahabatan pada September depan.

Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada kedudukan mereka selepas pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia bertemu China dan Jepun pada bulan depan. 

"Dan saya tidak tahu hasilnya Jun ini (kelayakan Piala Dunia 2026), kami harus optimis. Ya, mengutip mata sebanyak-banyaknya.

"Tentu mendapatkan sebanyak mata juga itu akan membantu mendaki 2, 3, 4 tangga ranking. 

"Ertinya pada Oktober dan November depan, kami juga harus mengatur persiapan," ujarnya di Jakarta semalam. 

Sekiranya lolos, mereka dijangka akan berdepan ranjau dari Timur Tengah dan harus meneliti persiapan yang lebih sesuai. 

"Kita sedang lihat siapa yang sesuai. Nanti jurulatih kebangsaan akan menelitinya. Untuk persiapan kalau dilihat lebih cenderung ke arah negara Timur Tengah," katanya lagi. 




Pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua seteru serantau ini ialah pada 2021 yang menyaksikan Malaysia kecundang 1-4. Namun, sejak itu kedua-dua negara terus berevolusi yang menyaksikan Harimau Malaya melantik ketua jurulatih dari Australia Peter Cklamovski sementara Sang Garuda kini dikendalikan oleh legenda Belanda, Patrick Kluivert.

"Jadi kami harus adakan perlawanan persahabatan atau pertandingan dengan mereka. Mungkin salah satu daripada slot itu atau mungkin dua-dua pasukan dari Timur Tengah, saya tidak pasti. Salah slotnya itu kita cuba atur dengan Malaysia yang sedang mempersiapkan skuad juga," katanya. 

"Mereka menggantikan jurulatih dan ramai pemain baru, ya kami ingin cuba (beradu tenaga) juga. 

"Kami juga sudah rindu untuk lawan Malaysia, sudah cukup lama. Kami akan adakan perlawanan ujian kalau Malaysia mahu. Kalau Malaysia tidak sudi tidak mengapa, mungkin lain kali," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video