Skip to main content

Bola Sepak

Sandro Tonali dalam siasatan FA atas kemungkinan masih bertaruh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tonali.jpg
Persatuan Bolasepak (FA) kini melakukan siasatan sama ada Sandro Tonali masih melanggar peraturan pertaruhan selepas menyertai Newcastle.

Pemain tengah Itali yang berusia 23 tahun ini, sertai the Magpies dari AC Milan dengan perpindahan £55 juta euro pada musim panas, telah digantung selama 10 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Tonali didakwa telah melakukan pertaruhan melibatkan bekas kelabnya Brescia dan Milan ketika dia bersama dua kelab itu.

Penggantungan itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas Tonalo menyetujui rundingan bagi pengakuan bersalah sebagai sebahagian daripada penyiasatan aktiviti pertaruhan haram.

Agensi berita PA difahamkan bahawa pihak FA kini sedang menjalankan siasatan sama ada Tonali masih terlibat dalam kegiatan perjudian dalam bola sepak selepas perpindahannya ke England.

Pengarah Sukan Newcastle, Dan Ashworth mengaku siasatat ke atas Tonali sebagai satu kejutan yang amat besar.

Tonali mendapati dirinya berada di tengah-tengah siasatan semasa rehat antarabangsa bulan lalu.

"Ia satu kejutan besar, amat mengejutkan. Berhadapan dengan perkara ini adalah baru bagi kita semua, ia datang dengan tiba-tiba," kata Ashworth.

"Kami mula menyedari apabila terdapat dakwaan yang berpotensi di media sosial. Saya bercakap dengan wakilnya dan ia berlaku dengan cepat.

"Pemikiran pertama kami adalah melindungi pemain kami, dia adalah sebahagian daripada keluarga kami, mahu beri pertolongan dan sokongan yang dia perlukan. Kami ingin memahami dengan tepat tentang apa yang berlaku bekerja secara telus dengan pihak berkuasa.

"Tonali turut mahu melakukan perkara yang sama sejak awal. Ia adalah situasi yang amat tegang sehinggalah pada hari Jumaat di mana penggantungan itu telah ditandatangani dan dipersetujui dengan FIGC, FIFA dan FA."

Penggatungan ini bermakna Tonali tidak akan beraksi dalam aksi kompetitif sehingga 27 Ogos 2024 dan Ashworth akur satu kehilangan besar buat skuad Newcastle.

Advertisement

Must Watch Video