Skip to main content

Bola Sepak

Sancho penambahan hebat buat Chelsea -- Terry

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jadonsancho.jpg
Jadon Sancho akan menjadi "penambahan hebat" di Chelsea, menurut legenda kelab, John Terry.

Penyerang berusia 19 tahun itu telah dikaitkan bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membintangi kancah bola sepak Jerman, Bundesliga bersama Borussia Dortmund.

Chelsea, Liverpool dan Manchester United antara kelab yang dikaitkan dengan penghijrahan pemain kebangsaan England itu.

Terry, yang memenangi lima gelaran EPL dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Chelsea, berkata Sancho, akan menjadi pemain yang berbaloi buat kelab.

"Saya berasakan pemain muda itu telah membuktikan potensinya. Kami telah bercakap pada permulaan musim mengenai Tammy [Abraham] dan Mason [Mount] yang menyertai pasukan dan membuktikan kemampuan mereka," katanya kepada Frank Khalid dalam satu video YouTube.

"Saya berasakan Sancho merupakan salah seorang pemain muda terbaik dunia ketika ini dan dia akan melonjakkan Chelsea.

"Tetapi apa yang saya katakan sebelum ini -- Billy Gilmours, Tammys, Mason Mount, Reece [James], ia seperti tidak mahu berhenti bukan? Terdapat banyak perkara positif musim ini."
 
Dengan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguh ekoran koronavirus, Chelsea yang dibimbing Frank Lampard kini menghuni tangga keempat liga.

Terry, penolong ketua jurulatih theAston Villa, menggemari apa yang telah dipamerkan oleh bekas kelabnya itu.

"Saya kagum dengan cara permainan, kemampuan barisan pemain-pemain muda.

"Digabung dengan persembahan dipamerkan seperti Cesar [Azpilicueta], pemain yang berpengalaman membantu meningkatkan lagi persembahan mereka, memberikan sokongan kepada musim pertama buat Lampard selaku pengurus."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video