UCL
Sanchez alami kecederaan adductor ketika Inter ikat Gladbach
Alexis Sanchez mengalami kecederaan adductor ketika terikat 2-2 dengan Borussia Monchengladbach dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi, demikian disahkan Inter Milan.
Sanchez, yang hanya melakukan penampilan utama buat kali kedua musim ini, digantikan dengan Lautaro Martinez dalam waktu rehat selepas aksi 45 minit pertama yang penuh mengecewakan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B itu.
Pasukan Serie A itu kemudian mendedahkan selepas perlawanan bahawa penyerang Chile itu dikeluarkan kerana mengalami kesakitan di adductor kanannya.
Iklan
Tiada pemain lain yang melengkapkan kurang daripada 11 hantaran sepanjang babak pertama sementara bekas pemain Manchester United itu kehilangan bola sebanyak lapan kali dan hanya memenangi satu perebutan.
Inter perlu berterima kasih kepada gol minit ke-90 Romelu Lukaku -- gol keduanya dalam perlawanan itu -- untuk mencuri satu mata daripada wakil Bundesliga, Gladbach, dalam aksi pembukaan berkenaan.
? | REPORT MEDICOAlexis #Sánchez è stato sostituito al termine del primo tempo di #InterBorussia a causa di una contrattura all’adduttore destro pic.twitter.com/qNrx2Ed6Iu— Inter (@Inter) October 21, 2020
Must-Watch Video