Skip to main content

Bola Sepak

San Marino akhirnya temui sentuhan kemenangan selepas 20 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

san-marino.jpg
Selepas 20 tahun yang penuh derita dengan rekod kekalahan demi kekalahan, San Marino akhirnya buat pertama kali mampu tersenyum dengan melakar kemenangan walaupun hanya 1-0 ke atas Lienchtenstein dalam kancah Liga Negara-Negara UEFA.

Kemenangan sulung dalam tempoh dua dekad itu nyata menjelmakan seribu satu makna bagi pasukan tersebut dalam pembabitan mereka dalam kancah liga utama di peringkat antarabangsa.

Gol kemenangan itu hadir pada minit ke-53 menerusi Sensoli yang memanfaatkan peluang yang terhidang.

Dengan kemenangan tersebut San Marino kini menghuni tangga teratas dalam kumpulan D1 dengan 3 mata manakala Lienchtenstein di tangga ketiga.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video