Penjaga gol utama negara, Ahmad Syihan Hazmi, tidak mahu berpuas hati dengan prestasi semasanya yang cemerlang sebagai benteng terakhir Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan Tier 1 berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Pemain kelahiran Kubang Kerian berusia 29 tahun itu sebaliknya mahu terus fokus di atas padang selain memuji kerja keras rakan sepasukannya yang memberikan aksi terbaik sepanjang 90 minit aksi berlangsung sama ada di luar mahupun dalam padang.
"Itu semua rezeki, saya nak ucap terima kasih kepada keluarga dan yang selalu mendoakan karier saya dalam bola sepak dan penyokong yang hadir. Malah, semua rakan pasukan juga yang memberikan 100% dan bersatu hati." katanya.
Ketika ditanya mengenai aksi yang melayakkan dirinya dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan (MVP), dia berkongsikan: "Sebagai penjaga gol ini suara amat penting, sampai keluar anak tekak pun, keluar je lah. Semua menerima arahan dengan baik
"Saya tidak boleh berpuas hati dengan prestasi malam ini, perjalanan masih panjang dan perlu terus pandang kehadapan." tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Langkah Penuh Keyakinan
Setiap gerakan lebih stabil & bertenaga untuk kekal dominan di padang.
Dapatkan Sekarang