BOLA SEPAK
Sambutan kepulangan Neymar ke Santos penuh emosi
Santos mengesahkan bahawa mereka telah kembali menandatangani Neymar, yang menyaksikan bintang Brazil itu akan kembali ke kelab zaman remajanya.
Neymar menyertai akademi kelab itu ketika berusia 11 tahun pada 2003 sebelum melakukan penampilan pertama bersama skuad senior Santos pada 2009 untuk mengumpulkan 235 penampilan bersama mereka dalam semua pertandingan.
Aksi cemerlang bersama pasukan itu berjaya memikat hati Barcelona -- menyaksikan dirinya menghasilkan gabungan mantap 'MSN' bersama Lionel Messi dan Luis Suarez.
Iklan
Neymar kemudian berpindah ke PSG sebelum menyertai Al-Hilal dan kini kembali ke Brazil dengan sambutan kepulangan cukup meriah.
Neymar bursts into tears during his Santos presentation.THIS is what Santos means to him 🥹🤍 pic.twitter.com/DYV4Ovn095— Ginga Bonito 🇧🇷 (@GingaBonitoHub) January 31, 2025
Majlis kepulangan Neymar itu mencatatkan tontonan kedua tertinggi, dengan catatan 3.2 billion di seluruh dunia, majlis memperkenalkan Lionel Messi di tempat pertama (3.5 billion) manakala Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr di tempat ketiga (3 billion).
🚨Most Watched player presentations in football history :Leo Messi ➡️ Inter Miami - 3.5B ViewsNeymar Jr ➡️ Santos FC - 3.2B ViewsC. Ronaldo ➡️ Al Nassr - 3B Views pic.twitter.com/Xd0zSQlVPO— 𝐂𝐀 𝐕𝐀?🐐🐐 (@psg_chief) February 1, 2025
Must-Watch Video