Skip to main content

Bola Sepak

Sam Somerville rendah diri pastikan kekebalan Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sam-somerville.jpg
Sam Somerville enggan dijulang sebagai wira Selangor FC, selepas penjaga gol itu tampil cemerlang menafikan beberapa peluang wajib gol jentera serangan Kedah Darul Aman, malam tadi. 

Sam yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan menganggap kejayaan mara ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 pada musim depan adalah hasil kerjasama sepasukan.

Tonggak berusia 29 tahun itu turut mengakui kerja kerasnya dan rakan sepasukan sepanjang musim ini nyata berbaloi selepas mereka mengesahkan gelaran naib juara Liga Super 2023.

"Tiga mata yang menjadi pertaruhan cukup penting untuk dikutip bagi laluan ke peringkat Asia jadi anda boleh lihat betapa gembiranya kami dapat meraikan (ejayaan ini. 

"Ini bukan disebabkan (ketangkasan) saya semata-mata dan ia hasil daripada usaha sepasukan yang bekerja keras. 

"Hanya jurang kecil boleh menjadi pembezaan kepada bola sepak ini dan kami memanfaatkan peluang yang terhidang. 




"Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang tetapi nasib memihak kami. 

"Ini merupakan pencapaian terbaik saya memandangkan pernah terlepas peluang sebegini ketika bersama Penang FC," katanya selepas perlawanan. 

Untuk rekod, SAM telah tampil dalam 13 perlawanan bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe musim ini di samping mencatatkan lapan kali tanpa dibolosi.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video