Penjaga gawang Selangor, Samuel Jacob Somerville, mengakui bahawa status penjaga gawang nombor satu tetap menjadi sasarannya musim ini selepas dipilih menjadi pilihan utama pada saingan Liga Super Malaysia (MFL), musim lalu.
Dia mengakui bahawa akan berdepan persaingan yang sengit untuk merebut tempat memandangkan ketibaan penjaga gawang berbakat dari Kuala Lumpur City, Azim Al-Amin, bulan lalu.
Dengan keberadaan pemain senior Khairul Azhan Khalid, yang masih lagi kekal bersama skuad The Red Giants, pasti akan menyukarkan pemain kelahiran Inggeris-Malaysia itu untuk terus merebut tempatnya.
"Bagi saya semestinya saya akan berusaha untuk merebut tempat sebagai penjaga gawang utama pada musim ini dan saya tidak akan merasa terlalu selesa.
"Saya akan melakukan yang terbaik dan tidak akan merasa terlalu yakin dan selesa dalam merebut tempat selaku penjaga gawang utama.
"Satu penghargaan untuk bermain dalam skuad negara walaupun ketika ini ramai pemain berbakat tetapi saya akan tetap berusaha untuk merebut tempat."