Skip to main content

Bola Sepak

Sam Somerville idam sarung jersi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

somerville.jpg
Penjaga gol Selangor FC, Sam Somerville, menyimpan hasrat untuk menerima panggilan skuad kebangsaan. 

Kecemerlangan Somerville di Alor Setar malam tadi membawa Gergasi Merah ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 menerusi jaringan tunggal yang dicetak oleh pemain import, Ayron del Valle, ke atas Kedah Darul Aman dalam separuh masa kedua pertemuan getir Liga Super itu. 

Sepanjang musim ini, Somerville telah dipertaruhkan sepanjang 1,270 minit permainan yang membabitkan 13 perlawanan liga dan dua perlawanan liga.




Bagaimanapun, pemain warisan kelahiran England itu sudah tidak dipanggil untuk tugasan antarabangsa hampir dua tahun setengah yang lalu, iaitu ketika Harimau Malaya mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dengan memanaskan bangku simpanan. 

Dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dua minggu lalu, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, sebaliknya memilih Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Azri Ghani sebagai pelapis kepada Syihan Hazmi Mohamed. 

"Jelas sekali (cabaran musim ini) sukar tetapi terima kasih kepada Khairul Azhan (Khalid) dan jurulatih penjaga gol kerana banyak membantu. 

"Setiap hari saya berusaha gigih dan kami saling bersaing sihat. 

"Saya tidak mahu memberikan penilaian kepada mutu persembahan sendiri tetapi saya sentiasa bertekad mencurahkan aksi terbaik. 


"Saya sentiasa berazam untuk mewakili Malaysia. 

"Saya hanya perlu memberikan persembahan terbaik bersama Selangor dan apa yang terjadi kepada itu saya serahkan kepada jurulatih pasukan kebangsaan," katanya. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video