Julian Nagelsmann menegaskan Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic, tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan pencabar lain apabila dia berkata persiapan perlawanan kelab itu sepatutnya menjadi tontonan yang lebih baik daripada perlawanan Bundesliga.
Komen daripada Salihamidzic itu dibuat dalam satu temu bual dengan penyiar Jerman, Sky Sport, ketika dia menjawab soalan mengenai pemain Tottenham, Harry Kane, apabila merujuk barisan menyerang yang sedia ada dalam barisan Bayern.
Salihamidzic berkata: "Jika anda melihat sesi latihan kami, ia begitu menyeronokkan untuk ditonton. Beberapa sesi latihan perlawanan juga lebih baik daripada perlawanan Bundesliga itu sendiri."
Ulasan itu boleh ditafsirkan sebagai satu kenyataan provokatif terhadap pesaing domestik Bundesliga.
Bayern telah memenangi 10 kejuaraan liga Jerman berturut-turut, satu kejayaan yang tidak pernah dicapai dan mereka tetap kelihatan mantap musim ini.
Mereka mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan setakat ini untuk menyamai catatan lawan mereka hari ini, Union Berlin.
Ditanya mengenai komen Salihamidzic itu, Nagelsmann berkata: "Kami tidak mahu menyinggung mana-mana kelab Bundesliga.
"Saya fikir 'Brazzo' (Salihamidzic) tidak bercakap tentang kualiti Bundesliga dan apa yang dia mahu tekankan adalah kami mempunyai semangat berpasukan yang baik di atas padang.
"Mereka bersorak antara satu sama lain ketika latihan dan ia sentiasa suasana yang baik.
"Tetapi dalam latihan anda boleh bermain dengan mencurahkan segala jiwa kerana terdapat tekanan yang berbeza.
"Hanya keputusan yang akan diambil dikira dalam Bundesliga. Brazzo hanya berkata bahawa kami berlatih dengan baik."
Bayern tercicir mata buat kali pertama musim ini selepas seri 1-1 dengan Borussia Monchengladbach minggu lalu.

?️ @J__Nagelsmann discusses our opponents: "They have developed well, playing direct football to their two strikers. It is a great stadium with amazing fans. We're going to try our best to compete. It is challenging to play there, but doable." #FCUFCB #MiaSanMia pic.twitter.com/y6kQtMQyKH
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) September 2, 2022