Skip to main content

Bola Sepak

Salah tetap salah tapi ada keperluan FAM ke CAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aiman.jpg
Pakar perundangan sukan, Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid, menganggap adalah wajar untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Hujahnya, FAM perlu bertanggungjawab dalam memastikan nasib dan hak tujuh pemain terlibat mendapat pembelaan sewajarnya sambil mengharapkan hukuman penggantungan 12 bulan dapat dikurangkan.

Dalam masa sama, dia turut mengakui badan induk bola sepak negara itu perlu mengambil iktibar di atas segala permasalahan yang berlaku dan perlu memastikan insiden sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

"Saya melihat bahawa ada keperluan FAM harus pergi ke CAS melindungi pemain dan karier mereka.

"Salah tetap salah, namun hukuman harus cuba dikurangkan.

"Nasihat saya ialah, FAM harus melihat semula setiap klausa dan tentukan apakah yang ingin dicapai menuju ke CAS.

"FAM mesti memandang ke hadapan supaya perkara ini tidak terjadi lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

Must Watch Video