BOLA SEPAK

Salah satu debut terbaik dalam hidup saya -- Hector Hevel

Ammar Hakim 26/03/2025 | 11:08 MYT
Arkitek tengah negara, Hector Hevel, menganggap satu kepuasan apabila dapat membantu pasukan melakar kemenangan dengan gol pertama pada penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muncul sebagai pencetus kemenangan pasukan, pemain kelahiran Belanda berusia 28 tahun itu membuktikan kelibatnya memberi pulangan lumayan untuk era baharu Harimau Malaya.
Hevel mempamerkan persembahan terpuji di hadapan ribuan penyokong di Stadium Sultan Ibrahim menerusi hantaran dan teknik kawalan bola yang sempurna.
Jelas, pengalaman beraksi di sekitar Eropah membantu pemain kelab Portugal, Portimonense SC itu memberi impak segera walaupun kurang seminggu menyertai latihan.
#Malaysia #Hector Hevel