Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Salah mahu kekal semusim lagi di Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamed-salah.jpg
Bintang Liverpool, Mohamed Salah, berkata bahawa dia mahu bermain untuk kelab itu musim depan walaupun baki kontraknya hanya tinggal setahun.

Masa depan pemain kebangsaan Mesir itu bersama Liverpool kekal menjadi perbualan walaupun terdapat laporan mendakwa kesepakatan baru berkenaan tidak akan berlaku.

Salah menjaringkan 31 gol dan mendaftarkan 15 bantuan jaringan sepanjang 50 penampilannya dalam kesemua kejohanan musim ini dan sesetengah laporan mendakwa bahawa dia akan berpindah selepas tamat kempen musim ini berdasarkan situasi kontraknya.

Bagaimanapun, bercakap dalam sidang media menjelang aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid hujung minggu ini, Salah menjelaskan bahawa dia mahu kekal berada di Anfield untuk sekurang-kurangnya setahun lagi dengan berkata kepada wartawan: "Sudah pasti saya akan kekal untuk musim depan."

Salah sebelum ini berkata bahawa dia tidak mahu bercakap mengenai situasi kontraknya sehingga penghujung musim ini dan dia mengulangi pendirian itu dengan berkata: "Dalam minda saya, saya tidak tumpukan kepada kontrak, saya tidak mahu mementingkan diri. Ia hanya masa, ini adalah minggu yang penting buat kami. Saya tidak mahu bercakap mengenai kontrak."
 

Advertisement

Must Watch Video