Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Salah ledak hatrik terpantas dalam sejarah UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamed-salah.jpg
Mohamed Salah menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara selepas Liverpool menewaskan Rangers 7-1 serta melangkah ke pusingan 16.

Ia merupakan permulaan yang kurang baik buat skuad kendalian Jurgen Klopp di Ibrox apabila Scott Arfield menjaringkan gol UCL pertama dengan sentuhan penyudah bergaya menewaskan Alisson daripada luar kotak penalti.

Liverpool kemudian menyamakan kedudukan menerusi Roberto Firmino sebelum dia menggandakan jaringan dan Darwin Nunez membenarkan The Reds mendahului 3-1. 

Salah yang hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian melengkapkan htarik dalam tempoh enam minit dan 12 saat, sebelum Harvey Elliott menjaringkan gol ketujuh buat Liverpool, melakar kemenangan sekaligus berjaya melangkah ke pusingan kalah mati dengan berkelebihan dua perlawanan.
   

Advertisement

Must Watch Video