UCL
Salah boleh akibatkan kaki Danilo patah, kata presiden Porto
Presiden Porto, Pinto da Costa, membidas terjahan Mohamed Salah ke atas Danilo Pereira dalam kekalahan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Liverpool, semalam.
Kaki penggempur dari Mesir itu dilihat menerjah keting lawannya itu dalam pertembungan suku akhir pertama di Anfield yang menyaksikan wakil Liga Primaria itu tumbang 0-2.
Da Costa mendakwa pemain Portugal itu sepatutnya lega kerana tidak meninggalkan England dengan kaki patah selepas terjahan itu.
Iklan
"Danilo harus berterima kasih kepada tuhan kerana terjahan itu boleh mematahkan kakinya -- dia tidak cuba untuk menendang bola tersebut," dia dipetik sebagai berkata oleh ESPN.
"Saya berterima kasih kepada tuhan kerana kakinya tidak patah."
Salah terlepas daripada sebarang hukuman dan untuk itu, Da Costa kecewa dengan keputusan-keputusan yang dibuat pengadil, Antonio Mateu Lahoz.
"Kami menuntut kesaksamaan untuk setiap pasukan -- lihat kepada terjahan Felipe yang membawa kepada layangan kad kuning sedangkan Salah tidak dikenakan apa-apa hukuman. Kami bernasib baik Danilo tidak perlu dihantar ke hospital," katanya.
Bagaimanapun, Da Costa yakin pasukannya masih boleh mencapai peringkat separuh akhir.
"Kami boleh menjaringkan dua gol, sama seperti apabila kami dibolosi di sini," katanya.
"Kami akan memburu gol, kami mempunyai peluang. Ada juga insiden penalti yang tidak diberikan selepas bola terkena tangan pemain lawan tetapi sebaik Felipe melakukan kesalahan, dia akan dikesan."
Porto berpeluang untuk membatalkan defisit gol itu apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi, Khamis depan.
Must-Watch Video