LIGA INGGERIS

Sakho puas benam Chelsea

02/04/2017 | 00:08 MYT
CHELSEA 1 CRYSTAL PALACE 2
Mamadou Sakho berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Crystal Palace dan percaya mereka memiliki peluang untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan keempat berturut-turut.
Jaringan Wilfried Zaha dan Christian Benteke membantu Palace meraih tiga mata penuh selepas Cesc Fabregas membuka jaringan pada awal permainan.
Selepas tewas 1-0 kepada Stoke City pada Februari, skuad kendalian Sam Allardyce telah berjaya memungut mata maksimum dalam empat perlawanan liga dengan menewaskan Middlesbrough, West Brom, Watford dan Chelsea.
Pemain pinjaman Liverpool, Sakho, berbangga dengan usaha yang dipamerkan oleh pasukannya selepas berjaya mengekang kemaraan jentera serangan Chelsea untuk mencari gol penyamaan.
"Kami telah berjaya memberikan yang terbaik di atas padang. Ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami telah bermain dengan seluruh hati kami," katanya.
"Penyokong-penyokong kami sangat suka dengan persembahan kami dengan tidak berhenti melaungkan sorakan kepada kami. Mereka adalah pemain ke-12 kami.
"Sangat penting buat kami berkunjung ke sini dan meraih tiga mata penuh.
"Kesungguhan kami punca kemenangan kami. Saya sangat gembira dengan keputusan ini."
#Chelsea #Crystal Palace #Mamadou Sakho #Liga Inggeris #EPL
;